Selesai menyelesaikan karenah birokrasi dan menerima layanan yang agak special di IKIP 3, aku ke asrama lelaki di Padang Lalang. Mata-mata aku lebih tertumpu pada awek-awek kilang depan asrama sebab kebetulan masa tu dorang keluar rehat dan berlonggok ramai-ramai kat tepi pagar.

Bilik yang aku dapat bilik hujung sekali, satu bilik boleh muat dalam 20 orang kalau tak silap. Aku dengan arwah Pie terpingga-pinga masih tak tau lagik nak buat ape. Tengah aku susun baju dalam locker kami disapa oleh seorang jejaka berambut kerinting, kulit hitam manis dan tersengih-sengih bila ternampak kami. Adui nama dia aku lupa pulak, tapi yang aku paling ingat sekali ialah pertama kali aku mengenali orang yang berjari enam.

Dah agak-agak petang sikit segerombolan lagi keluarga datang aku yang bertenggek kat atas katil hanya tengok menggunakan anak mata je, buat-buat macam kerek. Tapi bila aku tengok disebalik beg-beg besar beliau aku terlihat akan sebuah objek yang aku sendiri punyai tapi malas nak bawak lagi iaitu Kapok's Accoustic. Terus aku bangun hulur tangan, "Jamei", "aku Nuek" dalam hati aku tertanya-tanya, ada ke nama orang camtu? cam nama orang Kemboja pon bukan. "Er, pinjam gitar" dengan tak malunya aku start mendendangkan lagu dari kumpulan Kamikaze iaitu Tawa Dalam Tangisan. Tapi adik perempuan dia boleh tahan jugak..lala la laa..

Lama lepas tuh sorang lagi mamat datang dengan spec ala-ala Hail Amir kaler biru, minyak rambut banyak dan ikat rambut sejemput dan sangat wangi dan jalan gaya macam pailang gila. Wah, anak orang kaya mamat nih, belagak pulak tuh. Tapi bila dia start hulur tangan, dan start introduce kan diri dia "Afnan" baru aku nampak dia macam senyum sikit. Tapi rasa menyampah dalam hati aku tak abis lagi, cuma buat muka cover line, tak la nampak sangat kan?.

Arwah Pie tengah melalak main lagu dari ACAB, aku pulak tengah tengok kereta yang lalu-lalang depan asrama sambil kadang-kadang mata terperhati jugak awek kilang yang mundar-mandir depan kilang, dan tiba-tiba2...

Truuutt...
Trutt...
Truttt trutt...

Wah, telefon bimbit. Nuek ada telefon bimbit Nokia 3210 siot. Siap ada vibration lagik. Uishh teruja betul aku rasa masa tuh.

Truuutt...
Trutt...
Truttt trutt...

Tiba-tiba Nan pulak mengeluarkan telefon bimbit yang lebih kecil, Nokia butterfly tuh. Walau pun aku buat muka macam tak dengar je bunyik telefon bimbit mereka, dalam hati aku ada jugak perasaan jeles dan tak puas hati. Sayu je aku tengok public fon warna hijau depan kilang tuh. Selepas itu aku nekad, aku nak jugak memiliki sebuah telefon bimbit Nokia yang boleh hantar SMS, ada vibration dan boleh compose lagu.

Di jemput sesiapa yang sudi untuk menyumbangkan sebarang bentuk karya bertulis untuk dikongsi bersama di blog ini. Karyanya kalau boleh mesti lah berbentuk cerpen ataupun novel pendek atau sketsa atau drama cap ayam yang kelakar atau feeling-feeling tentang masa dulu-dulu di IKIP. Mari kita serlahkan bakat penulisan anda...yeah!

Sebarang bahan boleh di emailkan kepada aku dan insyaAllah akan di publish teros.

Subscribe to: Posts (Atom)