Tangan kami masing-masih habih hitam dek charcoal yang baru saje di Megamall. Maklumlah, ini adalah pertama kali kami belajar melukih menggunakan charcoal. Aku masih pening lagi nak carik subject matter dan yang kelakarnya, in the end aku, Nuek dan Che Ku mengambil sterika sebagai subject matter... bengong.

Arwah Pie pulak masa tu tengah mundar-mandir ke Dorm si Aboh@Mahaskin@Mahadir, kejap ade kejap ilang. Jam dalam pukul 11 lebih kurang, kami masih lagi melakar ekspresi pada box board yang juga dibeli di Megamall sambil bergelak ketawa mendengar jenaka Che Ku yang cam haram...

Arwah Pie macam biasa keluar ntah kemana-mana. Kebetulan pada ketika itu, aku & Nuek, menghadap ke pintu bilik yang juga dekat dengan peti ais dan rak kasut, yang lain semua menghadap arah yang berlainan dari kami, jadi aku dan Nuek mengetahui sape yang keluar masuk kedalam asrama tersebut.

Sedang saja aku tersenyum sorang-sorang sebab nampak sterika yang aku lukis mula menunjukkan rupanya, aku terlihat kelibat Arwah Pie masuk dari pintu berdiri depan peti ais sambil memandang kearah kami, dan terus mengahala kebelakang menuju ke tandas tanpa mengeluarkan walau sebaris kata pun. Kebetulan pulak pundi kencing aku memberi isyarat bahawa tangki simpanan urin aku sudah penuh, maka aku pun dengan konfiden terus menuju ke toilet dengan harapan terserempak dengan Arwah Pie yang aku fikir berada disitu.

Selepas je aku mengosongkan tangki urin aku, "kemana pulak perginya si pie ni ?" mata aku liar mencari mana perginye si Arwah Pie yang aku lihat menuju tempat aku sekarang. Aku bergegas meninjau juga di surau yang berada disebelah bilik air tersebut, namun tiada sebarang kelibat Pie kelihatan. Dada sudah mula bedegup kencang..."ah sudah sape pulak yang aku nampak tadik, takkan si Pie pergi ke dorm sebelah ikut atas bumbung nipis tu kot." Aku sendiri pun cuak nak lintas, ini kan pula si Pie yang badannya sama besar dengan motor vespa.

Aku meluru keluar untuk mendapatkan pengesahan geng-geng tangan hitam yang masih lagi bermain-main dengan charcoal, boxboard dan eraser. "Eh Nuek, ko nampak tak Pie masuk tadik?". "Ade tadik aku nampak dia masuk", balas Nuek. "Aku tengok kat belakang takde pon?", "Hah! ye ke?" Ungkapan tersebut membuatkan semua terhenti dan memandang sama sendiri. Otak kiri aku terpaksa bekerja agak keras untuk menyingkirkan sebarang rasa sangsi dan diluar logik akal tapi aku tak berjaya. Aku memang nampak si Pie masuk bilik-berdiri depan peti ais-menuju ke belakang, malah aku amat pasti tentang itu. Nuek pun nampak.

Sedang saja kami berdebat kecil tentang peristiwa tersebut sesama kami. Kelihatan Pie masuk kedalam bilik dan berdiri di depan peti ais dalam posisi yang sama aku dan Nuek lihat sebentar tadik, tapi kali ini semua sekali nampak. Aku tegur "Pie, ko gi mana? ko ada masuk ke tadik?". "Mana ada, aku baru je balik dari bilik Aboh(gelaran untuk Mahadir)" jawab Pie dengan muka selamba yang aku pasti 99.999% adalah benar.

So sape yang masuk mula-mula tadik?...wallahualam

0 comments

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)